• Tentera Tahan 3 PATI Guna Laluan Tikus Di Biawak

    Published: Tuesday, 13 February 2018
    A- A+
    KUCHING: Angkatan tentera dari Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja (11 RAMD) yang berkawal di sempadan Malaysia – Indonesia dekat sini pada Isnin berjaya menahan tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menggunakan laluan terlarang untuk kembali ke negara asal.

    Menurut Jurucakap Divisyen Pertama Infantri Malaysia, pada Isnin kira-kira jam 4 petang pasukan dari 11 RAMD yang melaksanakan serkap di laluan belakang ladang sawit Pak Langi, Biawak telah menjumpai 3 orang warga Indonesia sedang berjalan melalui lorong tikus lebih kurang 200 meter dari Sempadan Malaysia-Indonesia.

    Katanya, siasatan awal mendapait ketiga-tiga individu tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dan berhasrat untuk pulang ke kampung halaman di Sambas, KALBAR, Indonesia melalui jalan yang tidak dibenarkan.

    “Ketiga-tiga PATI berkenaan, lelaki berumur di lingkungan 20 sehingga ke 40 tahun,” katanya

    Kesemuanya dibawa ke Balai Polis Lundu untuk tindakan selanjutnya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Tentera Tahan 3 PATI Guna Laluan Tikus Di Biawak "