• Tentera Gagalkan Cubaan Seludup 800 Kotak Sosej

    Published: Tuesday, 13 February 2018
    A- A+
    SERIKIN: Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu DiRaja (11 RAMD) berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan menggunakan laluan tikus di sempadan Malaysia – Indonesia pada Isnin.

    Kira-kira jam 8.00 malam semalam, pihak 11 RAMD telah menahan dua buah lori muatan tiga tan berhampiran tapak semaian sawit di Jagoi Estate dekat sini.

    Jurucakap 11 RAMD berkata, hasil dari pemeriksaan, mendapati kenderaan yang dipandu oleh warganegara Malaysia tersebut dipenuhi muatan sosej mentah sebanyak 800 kotak dan belon sebanyak 280 kotak.

    “Barang-barang tersebut dipercayai untuk dihantar ke sempadan Malaysia-Indonesia tanpa sebarang dokumen barang dagangan atau kelulusan dari pihak Kastam,” ujarnya

    Menurutnya, kesemua barang dan lori yang ditahan dianggarkan bernilai RM 236,158.60.

    Katanya, lori dan barang rampasan termasuk pemandunya telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau untuk tindakan lanjut.

    Tersangka boleh didakwa kerana atas kesalahan menggunakan laluan keluar masuk yang tidak dibenarkan dan tidak memiliki dokumen perdagangan yang sah. – Sarawakiana
  • No Comment to " Tentera Gagalkan Cubaan Seludup 800 Kotak Sosej "