• Tahun 2017 tahun yang cemerlang bagi Bursa

    Published: Tuesday, 6 February 2018
    A- A+
    Tulisan asal oleh:
    Ooi Tee Ching, New Straits Times, 6 Februari 2018

    Bursa saham Malaysia mencatatkan antara prestasinya yang paling kukuh tahun lepas, menarik RM10.8 bilion dalam aliran masuk asing bersih dan 13 penyenaraian terbaru yang mengumpul RM7.4 bilion.

    Bagi pengawal selia pasaran saham Bursa Malaysia Sdn. Bhd., ia mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dan juga pendapatan operasi tertinggi sejak penyenaraiannya pada tahun 2005.

    “Prestasi kami pada tahun 2017 sangat cemerlang. FBM KLCI (FTSE Bursa Malaysia KLCI) mencatatkan pertumbuhan sebanyak 9.4% sementara permodalan pasarannya naik 14.4% berbanding tahun sebelumnya.”

    “Terdapat juga peningkatan yang ketara dalam penyertaan runcit, yang meningkat sebanyak 41% berbanding tahun lepas,” menurut CEO Bursa Datuk Seri Tajuddin Atan.

    Keuntungan bersih tahun penuh Bursa naik 15.2% kepada RM223.04 jut dari RM193.62 juta sebelum itu. Pendapatan naik 10% kepada RM556.83 juta dari RM506.78 juta sebelumnya.

    “Ini adalah pertumbuhan untuk tahun yang ketiga berturut-turut dan keuntungan bersih sebanyak RM223.04 juta untuk tahun 2017 merupakan yang tertinggi pernah kami capai,” menurut Tajuddin.

    Bagi tahun yang ditinjau, hasil perdagangan pasaran sekuriti meningkat sebanyak 21.9% kepada RM259.6 juta dengan berlatarbelakangkan purata nilai perdagangan harian yang lebih tinggi untuk dagangan dalam pasaran, yang mana naik 28% kepada RM2.3 bilion.

    Dalam suku keempat (S4) sahaja, keuntungan bersih Bursa naik 10.2% kepada RM55.27 juta dari RM50.17 juta setahun sebelum itu, yang didorong oleh sumbangan yang lebih banyak dari pasaran sekuriti.

    Pendapatan S4 naik 14.1% kepada RM141.2 juta dari RM123.74 juta sebelum itu.

    Bursa telah mencadangkan dividen sebanyak 18.5sen untuk setiap saham yang bernilai RM99.4 juta untuk suku itu dengan jumlah keseluruhan dividen itu, termasuklah dividen khas, yang diisytiharkan untuk tahun itu sebanyak 53.5sen untuk setiap saham.

    “Tahun lepas, kami menarik 13 penyenaraian baru dan mengumpul RM7.4 bilion, berbanding dengan RM600 juta pada tahun 2016. Untuk tahun 2018, kami berharap untuk tawaran awam permulaan (IPO) yang lebih kukuh dari segi kuantiti dan saiz dana,” kata Tajuddin.

    “Terdapat minat untuk IPO dari beberapa nama yang besar. Cukup untuk mengatakan bahawa pipeline IPO baik.

    “Kami akan terus mengembangkan usaha pemasaran kami untuk membina pipeline IPO yang lebih kukuh dan berharap untuk meningkatkan pemasaran produk dan servis kami untuk mewujudkan ekosistem pasaran modal yang kondusif untuk semua peserta pasaran,” tambahnya.

    Sementara itu, dagangan niaga hadapan minyak sawit mentah (FCPO) naik 4.4% kepada 11.9 juta kontrak.

    Di dalam set produk derivatif Bursa Malaysia, kontrak FCPO adalah yang paling popular dan menjadi tanda aras utama bagi harga pasaran minyak sawit di dunia.

    Tajuddin berkata pasukannya membuat perubahan kepada FCPO pada pasaran derivatif.

    “Kami sedang cuba untuk memahami kawasan-kawasan yang sedang kami tinjau dan kami akan mencari jalan untuk melakukannya. Kami masih dalam proses mendapatkan kelulusan dan mengaturkan beberapa perkara,” tambahnya.

    Subjects:

  • No Comment to " Tahun 2017 tahun yang cemerlang bagi Bursa "