• Tabung Haji Umum Hibah 6.25 Peratus

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 7 February 2018
    A- A+


    PUTRAJAYA – Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan hibah atau bonus kepada pendeposit sebanyak 4.50 peratus dan tambahan hibah haji 1.75 peratus kepada yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2017.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia melibatkan pembayaran berjumlah RM2.7 bilion.

    “Bayaran hibah sebanyak 6.25 peratus ini akan memberi manfaat kepada 93 peratus atau 8.7 juta pendeposit yang belum menunaikan ibadat haji.

    “Bagi 600,000 pendeposit yang telah menunaikan haji akan menerima hibah sebanyak 4.50 peratus,” katanya ketika mengumumkan agihan hibah itu, di sini hari ini.

    Untuk rekod, TH mengumumkan 4.25 peratus hibah tahunan dan tambahan hibah haji sebanyak 1.5 peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2016 melibatkan pembayaran berjumlah RM2.88 bilion. – BERNAMA


    Subjects:

  • No Comment to " Tabung Haji Umum Hibah 6.25 Peratus "