• Syarikat Penghantaran Punca 570 Restoran KFC Ditutup

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 22 February 2018
    A- A+

    LONDON: Krisis bekalan daging ayam KFC yang menyebabkan ratusan rangkaian restoran itu ditutup di Britain bermula pada minggu lalu tidak lama selepas syarikat itu menukar kontrak penghantaran daripada syarikat Bidvest Logistics kepada DHL.

    Masalah itu dicetus oleh kesesakan jalan raya berikutan kemalangan di lebuh raya M6 yang menyebabkan lori DHL terkandas berjam-jam mengakibatkan banyak penghantaran tertangguh.

    Keadaan semakin buruk apabila sistem komputer baru syarikat itu tergendala menyebabkan penghantaran daging ayam ke 900 restoran KFC di Britain tertangguh mengakibatkan satu pertiga cawangan terpaksa ditutup.

    Sebanyak 570 cawangan restoran itu di seluruh Britain ditutup akibat kehabisan bekalan daging ayam sekali gus mencetuskan kemarahan pengguna.

    Gambar yang dirakam di gudang DHL di Rugby, Warwickshire menunjukkan berpuluh-puluh lori menunggu barangan dikeluarkan sebelum kenderaan itu boleh digunakan untuk mengedarkan bekalan ayam di restoran KFC di seluruh negara.

    Bagaimanapun, sebahagian pemandu terpaksa meninggalkan makanan itu di dalam lori kerana sudah mencapai had maksimum 15 jam memandu untuk satu syif akibat menunggu terlalu lama.

    Gambar turut menunjukkan rak biru yang penuh dengan ayam KFC di gudang itu yang perlu dimusnahkan kerana sudah melebihi tarikh luput.-Daily Mail

    Subjects:

  • No Comment to " Syarikat Penghantaran Punca 570 Restoran KFC Ditutup "