• Syafinaz Terima Gelaran Datuk

    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Guru vokal dan penyanyi, Syafinaz Selamat antara 69 penerima pingat Panglima Mahkota Wilayah bersempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini.

    Penganugerahan tersebut melayakkan penyanyi berusia 45 tahun itu menyandang gelaran Datuk.

    Sepanjang berkarier, Syafinaz meraih beberapa pencapaian yang membanggakan. Antaranya memegang status sebagai penasihat dan 'voice master' untuk Koir Kebangsaan Malaysia, pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Akademi Seni Kebangsaan (Aswara).

    Dia juga pernah membuat persembahan untuk Barrack Obama ketika bekas presiden Amerika Syarikat itu membuat lawatan rasmi ke Malaysia beberapa tahun lalu.

    Penyanyi kelahiran Pontian Johor itu pernah melahirkan tiga buah album studio iaitu Syafinaz pada 1989, Ingin Bersamamu (1999) dan Syyh (2002). - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Syafinaz Terima Gelaran Datuk "