• SUPP Mengalu-Alukan Bekas Ahli Kembali Kepada Parti

    Published: Thursday, 15 February 2018
    A- A+

    Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengalu-alukan bekas ahli untuk kembali kepada parti atas kerelaan sendiri tanpa ada paksaan.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Presidennya Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, ianya selaras dengan kehendak Ketua Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri untuk melihat SUPP dengan Parti Rakyat Bersatu (UPP) bersatu.

    “Kami sentiasa mengalu-alukan semua bekas ahli parti yang mahu menyertai semula parti tetapi ia mesti dilakukan dengan ikhlas, tidak perlu menunggu arahan.

    “Saya tidak hanya merujuk kepada bekas ahli parti ini yang menyertai Parti Rakyat Bersatu (UPP) tetapi semua parti termasuk parti pembangkang,” katanya.

    Dr Sim turut mengalu-alukan kedatangan semua bekas ahli SUPP ke majlis rumah terbuka SUPP sempena menyambut Tahun Baharu Cina.

    “Inilah masanya untuk kita bersatu semula, meraikan bersama-sama hari yang mulia ini kerana rakyat mahukan kita bersatu, rakyat perlukan kita bersatu sebagai sebuah keluarga untuk menjadikan Sarawak lebih kukuh dan makmur,” katanya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " SUPP Mengalu-Alukan Bekas Ahli Kembali Kepada Parti "