• Sumbang Mahram: ‘Paksu’ Hadapi Jumlah 588 Tuduhan

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Monday, 5 February 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR – Selepas didakwa atas 334 pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak saudaranya, Jumaat lepas, hari ini lelaki itu dihadapkan lagi ke Mahkamah Sesyen di sini atas 254 pertuduhan sama terhadap dua lagi anak saudaranya termasuk satu tuduhan cubaan merogol.

    Tertuduh, berusia 46 tahun yang memakai baju-T berwarna biru gelap sama seperti yang dipakai ketika didakwa Jumaat lalu, mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan satu persatu di hadapan Hakim Azrul Darus.

    Berdasarkan pertuduhan pertama sehingga ke 253, lelaki itu yang dipanggil ‘Paksu’ oleh ketiga-tiga mangsa didakwa telah melakukan sumbang mahram iaitu bersetubuh dengan anak saudaranya, seorang perempuan yang tidak boleh dikahwini, sejak mangsa berusia enam tahun.

    Tertuduh, yang telah berkahwin tetapi tidak mempunyai anak itu, dituduh melakukan kesemua perbuatan itu di rumah flatnya di Ampang, di sini, antara Januari 2006 dan Disember 2013.

    Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Sumbang Mahram: ‘Paksu’ Hadapi Jumlah 588 Tuduhan "