• Suami Jual Buah Pinggang Isteri Untuk Mas Kahwin

    Published: Friday, 9 February 2018
    A- A+

    NEW DELHI - INDIA. Suami dan abang ipar seorang wanita di India ditahan selepas didakwa mencuri salah satu buah pinggang mangsa sebagai ganti mas kahwin.

    Menurut laporan media tempatan, suami Rita Sarkar mengatur pembedahan apendiks ketika dia sakit perut, dua tahun lalu.

    "Suami bawa saya ke pusat penjagaan swasta di Kolkata di mana dia dan kakitangan perubatan di sana beritahu keadaan saya akan pulih selepas membuang apendiks melalui pembedahan. Suami turut beri amaran supaya tidak memberitahu tentang pembedahan itu kepada sesiapa," katanya.

    Beberapa bulan kemudian, keluarga Rita membawanya ke hospital selepas dia mengadu tidak sihat dan buah pinggang kanannya disahkan hilang setelah doktor melakukan imbasan.

    "Kini saya faham mengapa suami minta saya rahsiakan pembedahan itu. Dia menjual buah pinggang saya bagi memenuhi permintaannya untuk mas kahwin," jelas Rita. - BBC/Sinar Harian 

    Subjects:

  • No Comment to " Suami Jual Buah Pinggang Isteri Untuk Mas Kahwin "