• STING Bukit Aman Tumpas Sindiket Dadah Ke Indonesia Bernilai Lebih RM4 juta

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 7 February 2018
    A- A+


    GOMBAK - Pihak polis berjaya menumpaskan sindiket memproses dan mengedar dadah ke Indonesia bernilai lebih RM4 juta dalam lima serbuan di sekitar Lembah Klang Isnin lalu.

    Dalam lima serbuan tersebut, polis berjaya menahan lima lelaki warga tempatan dan dua wanita tempatan serta asing berusia antara 29 hingga 52 tahun.

    Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Bukit Aman, Datuk Kang Chez Chiang berkata, berdasarkan risikan dan maklumat polis, Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman menahan mereka dalam lima serbuan berasingan di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, Taman Setia Jaya dan Templar Park, Rawang serta Lebuh Raya Karak.

    “Polis juga berjaya menyita sebuah makmal mini di sebuah kondominium di Templar Park, Rawang dan menemui beberapa peralatan memproses dadah serta dadah jenis ekstasi, pil Yaba dan dadah syabu berbentuk serbuk.

    “Hasil siasatan mendapati dadah tersebut diseludup ke Indonesia melalui khidmat kurier dan juga melalui pelabuhan-pelabuhan haram memandangkan kebanyakan dadah berbentuk pil bersaiz kecil yang mudah untuk diletakkan dalam bungkusan plastik kurier,” katanya pada sidang akhbar kejayaaan JSJN Bukit Aman di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sini hari ini. - K! ONLINE

    Subjects:

    Nasional
  • No Comment to " STING Bukit Aman Tumpas Sindiket Dadah Ke Indonesia Bernilai Lebih RM4 juta "