• Sridevi Mati Akibat Lemas Dalam Tab Mandi, Bukan Serangan Jantung

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 27 February 2018
    A- A+

    DUBAI/ISLAMABAD: Laporan bedah siasat bintang Bollywood ke atas Sridevi Kapoor mendapati dia lemas dalam tab mandi bilik hotelnya selepas tidak sedarkan diri.

    Polis Dubai berkata, mereka telah merujuk kes itu kepada pihak Pendakwaraya Awam yang 'melaksanakan prosedur undang-undang biasa' yang dijalankan dalam kes-kes seperti itu.

    Sridevi, 54, meninggal dunia pada malam Sabtu lalu.

    Dia berkunjung ke Dubai untuk menghadiri perkahwinan keluarga bersama suaminya yang juga seorang penerbit dan pengarah filem Boney Kapoor dan anak perempuan mereka Khushi.

    Keluarga itu pada mulanya berkata, pelakon wanita itu telah mengalami serangan jantung.

    "Setelah bedah siasat selesai, ibu pejabat polis Dubai hari ini memaklumkan bahawa Sridevi lemas dalam tab mandi dalam apartmen hotel sebelum tidak sedarkan diri," ujar Polis Dubai menerusi laman Twitter.

    Gambar terakhir yang dimuat naik oleh aktres itu melalui Instagram pada Jumaat lalu.

    Laporan terbaharu yang merumuskan kematiannya berpunca daripada lemas dalam tab mandi terus menambah misteri kes berkenaan.

    Ketika menghembuskan nafas terakhirnya, suaminya yang juga produser Boney Kapoor dan anak perempuan, Kushi, berada di sisi.

    Keluarga pelakon berkenaan masih belum memberi sebarang kenyataan dan memohon agar tidak dihubungi media dalam tempoh terdekat.

    Menurut laporan Gulf News, Sridevi berada dalam keadaan mabuk sebelum jatuh ke dalam tab mandian dan lemas.

    Gulf News turut memuat naik laporan forensik polis Emeriah Arab Bersatu (UAE) menerusi laman Twitter mereka.

    "Siasatan masih lagi dijalankan bagi mengenal pasti punca di sekeliling yang menyebabkan insiden lemas itu.

    "Mayat pelakon berkenaan sudahpun dihantar untuk diawet dan akan dihantar ke India pada waktu yang belum ditetapkan lagi," lapor Gulf News.

    Sridevi pernah membintangi filem dalam pelbagai bahasa termasuk Tamil, Telugu, Malayalam dan Kannada sebelum beralih kepada Hindi.

    Sepanjang kerjayanya, Sridevi dicalonkan untuk 10 anugerah Filmfare dan memenangi lima daripadanya, selain diiktiraf kerajaan India menerusi Padma Shri pada 2013. - Times Of India/ Arab News

    Subjects:

  • No Comment to " Sridevi Mati Akibat Lemas Dalam Tab Mandi, Bukan Serangan Jantung "