• SPRM Cadang Indeks Rasuah Khas

    Published: Thursday, 22 February 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bercadang mewujudkan Indeks Rasuah Khas bagi mengenal pasti prestasi dan situasi rasuah di negara ini.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, cadangan untuk mewujudkan indeks tersendiri itu akan dibincangkan dalam mesyuarat penasihat SPRM terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada jemaah menteri.

    “Satu analisis akan dibuat dalam masa dua atau tiga bulan lagi sebelum diserahkan kepada jemaah menteri.

    “Satu badan bebas akan membuat kajian dalam indeks berkenaan termasuk pakar akademik atau pihak berkaitan agar memberi keputusan yang benar -benar sahih,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang diketuai oleh pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

    Sementara itu, mengulas lanjut mengenai skor semasa yang dikeluarkan oleh Transparency International - Malaysia (TI-M) yang menurun daripada 49 kepada 47 pada tahun ini, Dzulkifli Ahmad berkata, beliau terkejut dengan keputusan itu memandangkan ianya tidak selaras dan mencerminkan dengan tindakan sebenar yang diambil oleh pihaknya dalam isu rasuah.

    "Kita buat tangkapan berterusan sepanjang 2017 dan lebih agresif berbanding tahun sebelumnya. Namun, begitu saya belum meneliti sepenuhnya laporan yang dikeluarkan dan hanya membacanya di laporan media,” ujarnya.

    Tambahnya, Transparency International yang berpangkalan di Berlin, Jerman tidak hanya memfokuskan kepada rasuah sebagai subjek kajian.

    "Namun begitu kita ambil maklum hasil kajian CPI ini dan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas melihat kepada skor ini," katanya. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " SPRM Cadang Indeks Rasuah Khas "