• Sofi Jikan Mengaku Tidak Bersalah Ambil Dadah

    Published: Tuesday, 13 February 2018
    A- A+


    PETALING JAYA - Pelakon KL Gangster, Sofi Jikan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memasukkan dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol), minggu lalu.

    Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurulhuda Zakariya.

    Ketika prosiding, pelakon yang popular dengan dialog ‘Wa Kasi Sengat’ dalam filem KL Gangster yang berada di kandang tertuduh berkata: “Saya tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.”

    Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid (THC) di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini kira-kira pukul 11.15 malam, 6 Februari lalu.

    Sofi didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Sofi Jikan Mengaku Tidak Bersalah Ambil Dadah "