• Sofi Jikan Ditahan Reman Tiga Hari

    Published: Wednesday, 7 February 2018
    A- A+


    Pelakon filem KL Gangster, Sofi Jikan ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

    Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Hairul Azhar Mohd. Ishak terhadap pelakon berusia 47 tahun itu.

    Pelakon yang berasal dari Terengganu itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) AKta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun jika sabit kesalahan.

    Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara malam tadi ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat pelakon Datuk Farid Kamil Zahari, 37, pada 31 Januari lalu.

    Dalam laporan tersebut, Farid didakwa mendedahkan tiga rakan artisnya merupakan dalang di sebalik meletakkan dadah dalam minumannya.

    Terdahulu, Sofi Jikan yang memakai baju lokap berwarna jingga tiba di mahkamah pada 9.30 pagi dan dibawa ke bilik reman pukul 11.25 pagi sambil diiringi anggota polis. - K-ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Sofi Jikan Ditahan Reman Tiga Hari "