• Sofi Jikan Ditahan Positif Dadah

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 7 February 2018
    A- A+

    PETALING JAYA: Pelakon filem KL Gangster, Sofi Jikan ditahan polis selepas didapati positif dadah jenis ganja.

    Suspek diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara malam tadi ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat pelakon Datuk Farid Kamil Zahari, 37, pada 31 Januari lalu.

    Dalam laporan tersebut, Farid didakwa mendedahkan tiga rakan artisnya merupakan dalang di sebalik meletakkan dadah dalam minumannya.

    Sofi Jikan akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman. - K! ONLINE

    Subjects:

    Hiburan
  • No Comment to " Sofi Jikan Ditahan Positif Dadah "