• Sistem Perparitan Di Sebuyau Perlu Dinaiktaraf Segera

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Tuesday, 6 February 2018
    A- A+

    SEBUYAU: Sistem perparitan sedia ada di beberapa buah kampung di sini perlu segera dinaik taraf bagi mengatasi masalah banjir.

    Menurut Menteri Muda Pesisir Datuk Julaihi Narawi, setiap kali berdepan musim tengkujuh banjir akan berlaku kerana sistem sedia ada sudah tidak dapat menampung aliran air yang berpunca dari ladang-ladang sawit sekitar.

    "Pembukaan landang-ladang kelapa sawit  berhampiran kampung menyebabkan limpahan air gagal ditampung sistem perparitan sedia ada.

    "Ini membawa kepada masalah banjir yang menjejaskan penduduk di beberapa buah kampung di sini," katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Julaihi memberitahu, beliau akan mengemukakan permohonan kepada kerajaan negeri agar tindakan segera dapat diambil namun turut mencadangkan agar pihak pemilik ladang bekerjasama dengan kerajaan membina sistem perparitan yang lebih besar. - Sarawakiana
  • No Comment to " Sistem Perparitan Di Sebuyau Perlu Dinaiktaraf Segera "