• Sisa Najis Buat Duterte Berang

    Published: Thursday, 15 February 2018
    A- A+

    Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengarahkan pengusaha resort dan hotel di pulau peranginan Boracay membersihkan sisa najis yang dibuang mereka atau berdepan tindakan ditutup.

    Duterte sebelum ini berang dan menuduh pemilik hotel, restoran dan perniagaan lain membuang air kumbahan terus ke laut hingga membentuk `kolam najis’.

    Dia juga memberi amaran pelancong mungkin berenang dalam air laut yang dicemari najis.

    Kementerian Alam Sekitar berkata, sebanyak 300 perniagaan berdepan tindakan kerana kesalahan kebersihan atau kesalahan lain di pulau seluas 1,000 hektar itu dengan 51 sudah diberi amaran rasmi kerana melanggar peraturan alam sekitar.

    Pegawai memberitahu, kebanyakan perniagaan itu dituduh menggunakan sistem aliran di pulau itu untuk menyalurkan air kumbahan yang tidak dirawat ke laut.

    “Kementerian memberi tempoh dua bulan untuk perniagaan ini mematuhi undang-undang atau kami akan menutup operasi mereka,” kata Setiausaha Alam Sekitar, Roy Cimatu dalam satu kenyataan hari ini.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Sisa Najis Buat Duterte Berang "