• Siang Lelaki Malam Wanita

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Friday, 23 February 2018
    A- A+

    MELAKA: Siang bekerja sebagai jurujual lelaki di Sungai Udang di sini, lewat malam berpakaian wanita dan mencari pelanggan.

    Ia kegiatan lelaki warga Filipina yang bebas mencari rezeki di negeri ini sejak lapan tahun lalu.

    Berdasarkan maklumat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri, warga asing yang mempunyai identiti lelaki dan wanita itu menggunakan MyKad palsu.

    Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN negeri Mohd Nasrom Yusof berkata, warga asing berusia 33 tahun itu ditahan ketika bekerja di kedai kasut, malam kelmarin.

    “Hasil pemeriksaan menemui MyKad milik individu lain yang digunakan untuk mendapatkan pekerjaan termasuk pasport lawatan sosial tamat tempoh,” katanya.

    Susulan itu anggotanya menyerbu dua rumah di Taman Peruna dan menahan suami isteri yang mendakwa dari Sandakan, Sabah.

    Pemeriksaan mendapati MyKad dimiliki palsu.

    Pengarah JPN negeri Norazle Sulaiman berkata, pasangan itu berada di negeri ini sejak 20 tahun lalu.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Siang Lelaki Malam Wanita "