• Serena Williams Hampir Mati Selepas Bersalin

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 21 February 2018
    A- A+


    WASHINGTON: Serena Williams hampir mati selepas melahirkan anak perempuannya September lalu, kata bekas juara tenis wanita dunia itu dalam ruangan tulisannya di CNN yang disiarkan semalam.

    Williams baru-baru ini mendedahkan komplikasi yang dialaminya selepas melahirkan hingga mendorongnya untuk bercakap mengenai kepentingan penjagaan kanak-kanak yang berpatutan.

    "Saya hampir mati selepas melahirkan anak perempuan saya Olympia, tulis Williams.

    Beliau terlantar selama enam minggu akibat beberapa komplikasi termasuk embolisme pulmonari (darah beku dalam saluran darah ke paru-paru), memaksanya menjalani beberapa pembedahan selepas melahirkan anak.

    "Saya bersyukur dengan segala kemudahan yang tersedia termasuk pasukan perubatan dan doktor serta jururawat mengagumkan di hospital yang mempunyai peralatan tercanggih," kata Williams

    Menurut Williams, jahitan pembedahan caesarean terbuka kerana batuk teruk akibat embolisme.

    Ketika pembedahan, doktor menemui hematoma (darah beku) yang besar di abdomen memaksanya kembali ke bilik pembedahan untuk prosedur bertujuan menyekat darah beku daripada bergerak ke paru-paru.

    Beliau menggalakkan orang ramai untuk menyalurkan bantuan yang dapat meringankan beban ibu-ibu dan bayi baru lahir di seluruh dunia.

    Williams yang pernah merangkul kejuaraan Grand Slam sebanyak 23 kali kembali ke gelanggang tenis sembilan hari lalu ketika mewakili Amerika Syarikat di kejohanan Fed Cup. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Serena Williams Hampir Mati Selepas Bersalin "