• Serah Diri Bawa Mayat Kekasih

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 6 February 2018
    A- A+

    Lelaki yang dipercayai membunuh teman wanitanya berusia 35 tahun menyerah diri di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya dengan membawa mayat mangsa di dalam keretanya, hari ini.

    Dalam kejadian pada 3 petang ini, suspek berusia 37 tahun tampil di balai polis terbabit bersama sebuah kereta Honda City.

    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian.

    “Polis sedang mengenal pasti motif kejadian termasuk mengambil keterangan daripada suspek.

    “Siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Serah Diri Bawa Mayat Kekasih "