• Seorang penjenayah dengan mana-mana nama lain masih lagi seorang penjenayah

    Published: Tuesday, 13 February 2018
    A- A+
    Tulisan asal oleh:
    Raja Sara Petra, Malaysia Today, 13 Februari 2018

    “A rose by any other name would smell as sweet” ("bunga mawar dengan mana-mana nama lain masih akan berbau manis") adalah rujukan popular daripada pementasan William Shakespeare, Romeo dan Juliet. Dalam maksud yang sama, seorang penjenayah dengan mana-mana nama lain masih lagi seorang penjenayah.

    Nurul Izzah Anwar terus merujuk kepada bapanya, Anwar Ibrahim, sebagai banduan politik. Anwar tidak ditahan, dibicarakan, disabitkan dan dihukum kerana jenayah politik. Beliau ditangkap, dibicarakan, disabitkan dan dihukum kerana penyalahgunaan kuasa dan liwat. Menurut apa yang didedahkan di mahkamah, Anwar cuba menggunakan Cawangan Khas untuk menakut-nakutkan saksi-saksi supaya mereka akan menarik balik dakwaan mereka terhadap salah laku seksualnya. Itulah sebabnya Anwar dihukum penjara selama enam tahun.

    Rafizi juga cuba menggambarkan dirinya sebagai mangsa penganiayaan politik. Walaupun beliau tidak mengakui bahawa beliau melakukan jenayah, beliau mengatakan bahawa apa yang beliau lakukan adalah sesuatu yang perlu supaya beliau dapat mendedahkan jenayah. Ini bermakna beliau melakukan jenayah untuk mendedahkan jenayah. Kalau begitulah mengapa Rafizi mengaku tidak bersalah? Kenapa beliau mencabar pertuduhan itu dan kemudian, setelah kalah, beliau mengakui bahawa melakukan jenayah untuk mendedahkan jenayah adalah sesuatu yang perlu? Mereka cuba untuk mewajarkan tindakan mereka dengan pelbagai alasan dan cuba memberikan gambaran bahawa mereka adalah mangsa balas dendam politik yang tidak bersalah dan bukannya penjahat.

    Link asal artikel:
    http://www.malaysia-today.net/2018/02/13/a-criminal-by-any-other-name-is-still-a-criminal/

    Subjects:

  • No Comment to " Seorang penjenayah dengan mana-mana nama lain masih lagi seorang penjenayah "