• Seorang Melecur, 3 Terselamat Rumah Terbakar Di Engkilili

    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+


    SRI AMAN: Empat sekeluarga nyaris maut dalam satu kebakaran di Sedarat Mawang, Engkilili dekat sini malam tadi.

    Dalam kejadian sekitar jam 11 malam itu, sebuah rumah musnah mengakibatkan seorang lelaki warga emas melecur sebanyak 12 peratus ketika cuba menyelamatkan diri.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sejurus laporan diterima sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dikerahkan ke lokasi kejadian dan turut dibantu anggota dari BBP Sri Aman.

    “Mangsa melecur 12 peratus manakala tiga lagi ahli keluarga termasuk dua kanak-kanak terselamat tanpa sebarang kecederaan.” katanya.

    Mangsa telah dihantar ke Hospital Sri Aman untuk menerima rawatan lanjut manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.-Sarawakiana
  • No Comment to " Seorang Melecur, 3 Terselamat Rumah Terbakar Di Engkilili "