• Seorang Maut Dalam Pertembungan Perodua Axia & Proton Saga

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 15 February 2018
    A- A+

    SERIAN: Seorang maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan Perodua Axia dan Proton Saga BLM di Jalan Serian - Sri Aman sekitar jam 11.30 pagi tadi.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dan BBP Simunjan dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus laporan diterima.

    "Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan dengan Perodua Axia dinaiki tiga orang manakala Proton Saga BLM (empat orang).

    "Kedua-dua kenderaan yang bertembung di bahagian hadapan menyebabkan tiga mangsa tersepit," katanya.-Sarawakiana

  • No Comment to " Seorang Maut Dalam Pertembungan Perodua Axia & Proton Saga "