• Seorang Mangsa Bot Karam Di Bako Disahkan Meninggal Dunia

    Published: Friday, 2 February 2018
    A- A+
    KUCHING: Seorang mangsa lelaki yang terlibat dalam kejadian bot karam di Kampung Bako di sini petang tadi telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan Hospital malam ini.

    Terdahulu, mangsa Shadan Jemi, 56 diselamatkan orang awam dan dibawa ke Terminal Bako dalam keadaan tidak sedarkan diri.

    Manakala rakannya Bidin Nerawi, 58 tahun ditemui dalam keadaan sedar.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, Unit EMRS bersama PBS Bako bertindak memberi bantuan awal CPR kepada mangsa yang tidak sedarkan diri, sebelum dibawa ke Hospital untuk rawatan selanjutnya.

    Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai mangsa lemas kejadian perahu karam di Terminal Kampung Bako, kira-kira jam 5.01 petang tadi.

    “Maklumat awal mendapati kedua-dua mangsa merupakan rakan sekerja di Taman Negara Bako yang dalam perjalanan balik kerja menggunakan bot.

    “Dipercayai bot yang dinaiki mereka karam akibat tiba-tiba dipukul ombak besar,” katanya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Seorang Mangsa Bot Karam Di Bako Disahkan Meninggal Dunia "