• Semuanya Terpulang Kepada Gaya Hidup Seseorang

    Published: Thursday, 22 February 2018
    A- A+
    KUCHING: Rakyat perlu memahami tentang bagaimana gaya hidup yang sesuai kerana ia yang menentukan tinggi atau rendah kos sara hidup dan semua itu terpulang kepada diri seseorang.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat perlu mengubah gaya hidup sesuai dengan kos sara diri masa kini,

    Namun katanya, sama ada susah senang gaya hidup seseorang itu ia terletak pada diri sendiri untuk lebih bijak mengurusnnya.

    “Gaya hidup ni “life style”. Misalnya, kalau kita pergi restoran Jepun di hotel terkemuka, kita akan nikmati makanan berharga RM800 per seorang, tapi kalau kita pergi kedai mamak 24 jam, kita hanya berbelanja RM8.

    “Saya suka (makan) nasi vanggey yang masih ada dijual RM4.80 sepinggan. Rasanya sedap dan kenyang, kalau nak banding dengan makanan mahal.

    “Apapun, terpulanglah (pada diri sendiri). Sebab itu gaya hidup, terpulang pada diri kita,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada Sesi Perkongsian #Bajet2018 Bersama Rakyat mengenai Kesejahteraan Isi Rumah di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini. – Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Semuanya Terpulang Kepada Gaya Hidup Seseorang "