• Semua Salah Pogba...

    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+

    Paul Pogba menjadi ‘punca segala masalah’ terhadap rakan sepasukan Manchester United kalah 2-0 kepada Tottenham kerana tidak mampu mengekalkan disiplin bertahan, dakwa penganalisa bolasepak Britain, Danny Murphy.

    Beberapa pemain skuad itu berusaha keras mempertahankan benteng tetapi Pogba menjadi sasaran Murphy kerana meninggalkan posisi menyebabkan benteng United mudah terdedah kepada serangan balas lawan.

    Bekas pemain Tottenham, Fulham dan Charlton itu yakin Pogba adalah pemain tengah antarabangsa yang hebat tetapi merasakan fikiran Pogba melayang ke tempat lain malah tidak dapat menggalas tugas diberikan oleh Jose Mourinho.

    Murphy memberitahu Match of the Day: “Pogba adalah salah seorang pemain tengah menyerang terbaik dunia tetapi mentaliti bertahan tidak cukup proaktif”.

    “Phil Jones dan Chris Smalling sering meninggalkan posisi disebabkan Pogba kerap membuka ruang bermain di sebelah Nemanja Matic dan itu memberikan United banyak masalah.

    “Pogba sudah tentunya hebat untuk United dan saya lebih suka dia (Pogba) mengisi peranan bahagian menyerang. Dari segi disiplin bertahan, ia bukan permainan semula jadinya.”-Daily Mail

    Subjects:

  • No Comment to " Semua Salah Pogba... "