• Semua Pegawai dan Anggota Perlu Fahami 6 Teras Utama - Panglima

    Reporter: Admin
    Published: Wednesday, 7 February 2018
    A- A+


    KUCHING: Semua lapisan pegawai dan anggota perlu memahami enam teras utama iaitu Kesiapsiagaan, Diplomasi Pertahanan, Keselamatan, Kebajikan PLKN 2.0 dan Perumahan untuk anggota (SASAR) yang diberi oleh kerajaan kepada pegawai dan anggota tentera, kata Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw.

    Menurutnya, setiap anggota perlu memiliki sebuah rumah apabila mereka telah menamatkan perkhidmatan nanti.

    Beliau turut menyarankan kepada anggota supaya tidak berpencen awal dan meneruskan perkhidmatan dari 21 ke 26 tahun.

    Beliau berkata demikian pada Sesi Dialog yang dihadiri seramai 50 Pegawai dan 400 orang anggota LLP, ketika lawatanya ke Dewan Oya Lama Batu 14, Sibu hari ini.

    Pada Sesi dialog berkenaan, turut diadakan soal jawab bersama warga 9 Briged bagi menguji sejauh mana kefahaman pegawai dan anggota tentang kemudahan yang diberi oleh kerajaan serta cadangan untuk penambahbaikan perkhidmatan anggota tentera di masa hadapan.

    Hadir sama Panglima 9 Briged Brigedier Jeneral Dato’ Dzulkafli Mustaffa, Leftenen Kolonel Jauhari Talib, Ketua Staf Mk 9 Briged dan semua Pegawai Memerintah dan Pemerintah dibawah naungan 9 Briged. – Sarawakiana


    Subjects:

    Nasional
  • No Comment to " Semua Pegawai dan Anggota Perlu Fahami 6 Teras Utama - Panglima "