• Selamat Tinggal Julian Tan, DAP Letak Orang Baharu Di Stampin

    Published: Monday, 26 February 2018
    A- A+

    Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen mendedahkan semua penyandang parti tersebut akan dikekalkan keculi Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan.

    Chong baru-baru ini mengesahkan Dr Kelvin Yii,32, bakal bertanding di Stampin.

    "Kesemua penyandang akan kekal kecuali Julian yang tidak berhasrat mempertahankan kerusi. Kita memutuskan untuk meletakkan Dr Yii yang dilihat sebagai calon ideal dan berpotensi menguatkan DAP dan Pakatan Harapan (PH) Sarawak," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Penyandang yang bakal kembali bertanding menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) merangkumi Chong di Bandar Kuching, Andrew Wong (Sarikei) dan Alice Lau (Lanang).

    Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) DAP turut bertanding di Mas Gading, Serian, Mukah, Kapit, Bintulu dan Lawas namun tewas di kesemua kerusi tersebut.

    Chong bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai calon yang bakal bertanding di enam kerusi terbabit.

    "Kita akan membuat pengumuman nanti," ujarnya.-Sarawakiana







    Subjects:

  • No Comment to " Selamat Tinggal Julian Tan, DAP Letak Orang Baharu Di Stampin "