• Sebutir Bom Perang Dunia Kedua Ditemukan

    Published: Friday, 2 February 2018
    A- A+

    PARIT – Sebutir bom lama dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Bandar Universiti di Seri Iskandar di sini, semalam.

    Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata bom seberat 454 kilogram (1,000 paun) itu dijumpai orang awam pada 5.30 petang sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

    Beliau berkata bom dalam keadaan separuh terbenam itu akan dimusnahkan di lokasinya ditemukan oleh Unit Pemusnah Bom Perak dan Bukit Aman, tengah hari ini.

    “Bom itu dijangka akan dimusnahkan sebelum solat Jumaat dan orang ramai di kawasan berhampiran diminta mengambil maklum kerana kesan gegaran mungkin dirasai dalam radius satu kilometer,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Sebutir Bom Perang Dunia Kedua Ditemukan "