• ScaT Fair 2018 Tawar 5,500 Peluang Kerja

    Published: Wednesday, 28 February 2018
    A- A+

    KUCHING: Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh menyeru golongan belia menyertai Sarawak Career & Training Fair (SCaT Fair) 2018 yang dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 11 Mac depan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

    Menurutnya, SCaT Fair 2018 yang akan disertai 153 pempamer terdiri daripada sembilan penyedia bantuan kewangan, 67 daripada industri (penyedia pekerjaan), 70 daripada institusi (penyedia latihan) dan tujuh daripada agensi kerajaan, dijangka dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 10 Mac.

    Kesemua 67 syarikat dalam pelbagai industri akan menawarkan 5,500 peluang pekerjaan dari peringkat tinggi hingga rendah akan ditawarkan namun ia terpulang kepada belia khususnya para graduan untuk memilih bidang yang diingini.

    “SCaT Fair 2018 adalah sejajar dengan objektif pameran sebagai platform untuk menyediakan maklumat mengenai peluang pendidikan dan kerjaya kepada orang ramai, selain bagi meningkatkan kebolehpasaran siswazah atau belia.” katanya.

    SCaT Fair 2018 yang dianjurkan bersama Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi dan TEGAS juga mengadakan beberapa siri ceramah bertajuk Kejuruteraan Sebagai Karier, Industri 4.0, Bagaimana Menjadi Doktor Perubatan, Program Peneraju dan Biasiswa YM Raja Azura Raja Mahayuddin serta banyak lagi.-Sarawakiana
  • No Comment to " ScaT Fair 2018 Tawar 5,500 Peluang Kerja "