• Saya tidak miliki telefon pintar - Putin

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Friday, 9 February 2018
    A- A+
    MOSCOW : Presiden Russia, Vladimir Putin mengakui tidak memiliki telefon pintar selepas pada tahun lalu mendedahkan bahawa beliau tidak berminat untuk membuka sebarang akaun media sosial.

    Pendedahan itu dibuat pada satu pertemuan bersama ahli sains dan akademik sebagai reaksi terhadap ucapan diberikan Ketua Institut Penyelidikan Nuklear Kurchatov, Mikhail Kovalchuk.

    "Anda kata semua orang memiliki telefon pintar tetapi saya tidak (memiliki telefon pintar)," katanya sambil disambut gelak tawa semua tetamu.

    Datuk berusia 65 tahun itu sebelum ini pernah mengakui bahawa beliau seorang yang buta IT malah tidak memiliki sebarang telefon bimbit pada tahun 2005.

    Tahun lalu ketika mengadakan pertemuan bersama pelajar sekolah, Putin apabila ditanya mengenai akaun media sosial seperti Instagram dan Facebook mengakui bahawa beliau jarang melayari internet.

    "Saya jarang melayari internet. Saya pulang sangat lewat setiap hari dan tidak memiliki akaun Instagram.

    "Tugas melayari internet untuk mendapatkan info dilakukan pekerja-pekerja saya," katanya. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Saya tidak miliki telefon pintar - Putin "