• "Saya Mendengar Anda" - Kenapa Nota Simpati Trump Cetus Tanda Tanya?

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 22 February 2018
    A- A+


    WASHINGTON: Ketika sesi perjumpaan antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan mangsa yang terselamat dalam insiden tembakan rambang di sebuah sekolah tinggi di Florida, Trump dilihat menulis nota bagi mengingatkan dirinya bersikap simpati terhadap hadirin.

    Perjumpaan di White House semalam, merupakan satu langkah yang baik tetapi perkara yang menjadi persoalan ialah, nota yang ditulis dan dibaca oleh Presiden AS itu.

    “Saya mendengar anda." Itulah nota yang tertulis dalam kertas tersebut dengan kepala surat White House.

    Tulisan itu merupakan catatan terakhir dalam lima perkara yang ditulis dalam nota tersebut.

    Gambar itu juga menunjukkan seolah-olah Trump perlu mengingatkan dirinya agar bersikap empati kepada ahli keluarga mangsa yang hadir dalam sesi dialog tersebut.

    Perkara lain yang tertulis dalam kertas itu ialah, “Apa yang anda ingin saya tahu mengenai pengalaman anda?” dan “Apa yang boleh kami lakukan supaya anda boleh rasa selamat?”.

    Walaupun tidak bercakap keseluruhan daripada nota itu, Trump dilihat sedih dan fokus terhadap pelbagai rayuan yang diperkatakan pelajar dan waris.

    Selepas seminggu peristiwa berdarah di Marjory Stoneman Douglas High School ,Florida, Trump akhirnya bersuara dan bersetuju untuk mengadakan sesi perbincangan dengan mangsa terselamat.

    Dalam sesi tersebut, Trump turut mencadangkan agar guru-guru di sekolah dilengkapi senjata bagi meningkatkan tahap keselamatan di sekolah.

    “Jika kita lengkapkan guru ini dengan senjata, mereka boleh mematahkan serangan dengan pantas,” kata Trump.

    Kes tembakan di sebuah sekolah di Florida, yang mengorbankan 17 mangsa, mencetuskan kemarahan daripada kalangan pelajar sekolah dan ibu bapa bagi menuntut undang-undang pemilikan senjata diketatkan. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " "Saya Mendengar Anda" - Kenapa Nota Simpati Trump Cetus Tanda Tanya? "