• Sasar 30 Peratus Calon Wanita BN

    Published: Tuesday, 6 February 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyasarkan sebanyak 30 peratus calon wanita dicalonkan BN untuk bertanding dalam Pilihan Raya ke-14 (PRU-14).

    Beliau yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO berkata, kuasa undi golongan wanita mampu menjadi penentu dalam PRU-14 justeru sasaran yang ditetapkan itu berupaya menarik sokongan golongan berkenaan terhadap BN.

    “Pada masa sama, Wanita UMNO juga sudah mempunyai satu sistem yang berteraskan integriti bagi memastikan calon-calon yang dipilih akan memenangi PRU-14,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Himpunan Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Stadium Titiwangsa, di sini, hari ini.

    Yang turut hadir, Pengerusi Eksekutif AIM, Datuk Dr. Zubir Harun. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Sasar 30 Peratus Calon Wanita BN "