• SARBAN Komited Bantu Orang Susah

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 27 February 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Hasil memanfaatkan Facebook (FB) bagi mempromosikan aktiviti mereka Shah Alam Resident Brotherhood And Neighbourhood (SARBAN) pada awalnya ditubuhkan bagi membantu golongan asnaf menghuni bandar raya itu kini aktif dalam aktiviti kesukarelawanan di seluruh negara.

    Selepas empat tahun ditubuhkan FB SARBAN kini mempunyai seramai 67,388 pengikut yang menyalurkan pelbagai maklumat mengenai keluarga atau individu dalam kesukaran.

    SARBAN mempunyai 200 ahli yang diselaraskan Mohd Hazlan Harun juga sudah berdaftar secara sah dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) selepas permohonan mereka diluluskan pada 12 Jun 2015.

    Menurut Mohd Hazlan, SARBAN juga bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Zakat Selangor (LZS), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Jejak Asnaf dalam usaha menjejak lebih ramai asnaf.

    Jelasnya, misi SARBAN adalah memberikan khidmat secara berkumpulan dengan kumpulan sasar mereka adalah fakir miskin, warga emas, ibu tunggal, individu menghidap penyakit kronik dan anak yatim menggunakan sumbangan diterima daripada orang ramai.

    “Antara program dijalankan setiap tahun adalah Asnaf Raya, Free Market To School untuk keluarga mempunyai anak bersekolah dan Jamuan Hari Raya Warga Shah Alam. Kami juga hulurkan bantuan dalam bentuk tenaga dengan menganjurkan gotong-royong membaiki rumah asnaf atau mangsa terjejas akibat bencana termasuk banjir.

    “Selain menggunakan dana hasil sumbangan orang ramai, kami kerap menganjurkan jualan amal dengan menawarkan bubur asyura dan sambal hijau. Proses memasak dan membungkus dilakukan ahli SARBAN sendiri,” katanya ketika diteemui.

    Sementara itu, penggerak Persatuan Jejak Asnaf, Ahmad Azmi Ibrahim, 47, berkata, mereka menawarkan pelbagai jenis barangan dapur secara percuma kepada keluarga yang dalam kesusahan.

    Orang ramai berminat untuk membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank (512101649953) atas nama Pertubuhan Persaudaraan dan Kejiranan Shah Alam atau emel ke sarban.ngo@gmail.com bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.-hmetro

    Subjects:

  • No Comment to " SARBAN Komited Bantu Orang Susah "