• Sarawak Jadi Pengeluar Utama Durian

    Reporter: Yusz Man
    Published: Saturday, 10 February 2018
    A- A+


    KUCHING: Sarawak merancang untuk menjadi pengeluar utama durian bagi mentransformasi sektor pertanian secara keseluruhan.

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana Sarawak masih memiliki kawasan tanah yang luas dan bersesuaian dengan durian.

    “Kita nak jual durian untuk mentransformasi sektor pertanian sebab kita ada banyak tanah,” katanya pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

    Majlis perasmian disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Abang Johari menjelaskan, kerajaan negeri juga merancang mentransformasi sektor pertanian Sarawak kepada konsep pertanian moden.

    “Saya percaya Perdana Menteri akan membantu kita dalam perkara ini,” ujarnya.

    Mengulas mengenai kelajuan internet, Abang Johari berharap kerajaan persekutuan dapat membantu Sarawak dalam perkara tersebut.

    “Orang Sarawak pandai melayari internet namun masih pada tahap kurang memuaskan.

    “Kita berharap kerajaan persekutuan dapat membantu kita dalam hal ini selaras dengan ekonomi digital,” jelasnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Sarawak Jadi Pengeluar Utama Durian "