• Sarawak Hanya Lebih Maju Jika Terus Dipimpin BN

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 27 February 2018
    A- A+

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyatakan Sarawak hanya akan lebih maju jika terus dipimpin dibawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

    Beliau berkata, hanya kerajaan BN mampu membangunkan negeri ini amnya agar sentiasa lebih maju seiring dengan negeri-negeri lain.

    Memetik laporan portal Dayakdaily, Abang Johari berkata ianya akan lebih terancang dengan berteraskan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) yang menjana pertumbuhan ekonomi, sosial dan pembangunan ke arah pendigitalan yang holistik di masa hadapan.

    “Dalam memeastikan Sarawak turut serta kearah ekonomi baharu, oleh itu kami (pemimpin-pemimpin) BN akan terus berikrar agar sentiasa bersatu dan terus berusaha agar Sarawak juga turut seiringan kearah peredaran masa hadapan dengan pencarian cara yang lebih inklusif serta kondusif dalam memastikan Sarawak turut menjadi negeri yang membangun pesat dalam bidang digital satu asa kelak.” katanya.

    Oleh yang demikian, Abang Johari berkata bahawa kini BN Sarawak masih dalam kedudukan yang yang kuat kerana sokongan terhadap dirinya sebagai ketua.-Sarawakiana
  • No Comment to " Sarawak Hanya Lebih Maju Jika Terus Dipimpin BN "