• Sarawak Bakal Tampil Dengan Jenama Perumahan Sendiri

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Tuesday, 13 February 2018
    A- A+
    KUCHING: Sarawak bakal tampil dengan model, produk dan jenama perumahan tersendiri dalam masa enam bulan akan datang, demikian kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

    Menurut beliau, Sarawak perlu tampil dengan produk, pelan dan jenama tersendiri untuk membangunkan kawasan perumahan supaya rumah yang siap dibina dapat dijual pada harga yang mampu dimiliki ramai.

    “Dengan kerjasama pemaju, kita akan tampil dengan rumah yang akan dijual pada harga yang berpatutan,” katanya ketika melancarkan Borneo Mortgage Finance Berhad’s Islamic Financing Products di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

    Katanya, pada peringkat ini, pihaknya sedang berunding dengan pihak pemaju dan mencari jalan terbaik supaya dapat tampil dengan pelan, model dan jenama perumahan tersendiri.

    “Kita tidak dapat bergantung pada jenama daripada Kuala Lumpur.

    "Dengan pelan sedia ada, kawasan perumahan baharu itu nanti akan lengkap dihubungkan dengan sistem aliran trafik ringan (LRT) dengan jarak perjalanan sekitar 30 minit dari pusat bandar," jelas beliau.

    Tambahnya, lokasi pembinaan akan membolehkan kerajaan negeri membina rumah yang akan dijual pada harga sekitar RM250,000 hingga RM300,000 seunit.. – Sarawakiana

    Foto Azmin Ramlie

  • No Comment to " Sarawak Bakal Tampil Dengan Jenama Perumahan Sendiri "