• Sarawak Akan Terus Tangkis Golongan Ekstremis

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Wednesday, 14 February 2018
    A- A+

    Kerajaan negeri akan terus memastikan golongan ektremis terutama dari Semenanjung Malaysia tidak mengganggu keharmonian rakyat Sarawak yang berbilang kaum, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

    “Sarawak tidak mahu membawa ekstremis masuk ke negeri ini dan saya akan gunakan kuasa sebagai Ketua Menteri untuk menghalang orang seperti ini," katanya.

    Justeru, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyeru agar rakyat terus setia memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) selaku kerajaan yang mempertahankan kuasa Sarawak dari segi imigresen.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Abang Johari memberi jaminan sekiranya BN kekal membentuk kerajaan, beliau akan memastikan golongan yang boleh membawa perpecahan masyarakat di negeri ini akan terus ditangkis.

    “Kita mesti mempertahankan budaya kita yang begitu aman dan harmoni, yang diperjuangkan sejak daripada kepimpinan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Tok Nan (Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem) dan saya akan kekalkan cara ini supaya kita dapat hidup dengan aman damai,” ujarnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Sarawak Akan Terus Tangkis Golongan Ekstremis "