• Sambut Tahun Baru Cina Dengan Semangat Malaysia

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 15 February 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR – Rakyat di negara ini diajak menyambut perayaan Tahun Baru Cina dengan semangat Malaysia.

    Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, pemahaman antara semua kaum adalah asas kemerdekaan Malaysia.

    Orang-orang Cina mempunyai kepentingan di negara ini seperti mana orang Melayu dan sepanjang masa perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali menjadi perayaan rakyat Malaysia.

    Menurutnya, apabila Umno merundingkan kemerdekaan dengan British pada tahun 1950-an, salah satu syarat yang ditetapkan oleh British sebelum sebarang rundingan boleh diadakan kaum Cina dan India mesti terlibat dalam perbincangan itu.

    Ketika itulah Parti Perikatan Umno, MCA dan MIC dibentuk pada tahun 1952, tambahnya.

    Rundingan kemerdekaan tidak mudah dan banyak kompromi dan konsesi yang perlu dibuat oleh semua pihak, akhirnya perjanjian telah dicapai dan pada bulan Ogos 1957 kemerdekaan diisytiharkan. – MalaysiaGazette

    Subjects:

  • No Comment to " Sambut Tahun Baru Cina Dengan Semangat Malaysia "