• Salang Tidak Halang Nyempah Untuk Melobi

    Published: Monday, 12 February 2018
    A- A+

    Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang tidak menghalang Ketua Parti Rakyat Sarawak (PRS) Cawangan Meluan Nyempah Sabot untuk melobi di kawasan beliau sebaliknya mengajak Nyempah untuk sama-sama turun padang memandangkan mereka dari parti yang sama.

    Memetik laporan The Borneo Post, Salang berkata walaupun parti telah memilih beliau sebagai calon Pilihanraya Umum (PRU14) namun masih ada harapan untuk Nyempah mengambil alih kerusi beliau sekiranya keputusan akhir kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) berubah.

    "Walaupun PRS telah mengemukakan nama saya, apa sahaja boleh berlaku sehingga hari penamaan calon. Masalah kesihatan saya juga boleh menjadu isu walaupun saya tidak mempunyai masalah tersebut ketika ini.

    "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebagai Pengerusi BN negeri dan persekutuan masing-masing masih belum memuktamadkan calon BN," katanya.

    Salang menambah, masih belum terlewat untuk Nyempah bersama-sama beliau turun padang bagi mendekati pengundi dalam masa terdekat.

    "Beliau seharusnya berkerjasama dengan saya. Ia tidak terlalu lewat untuk menyertai saya bagi menghadapi apa sahaja kemungkinan,"

    Salang turut menegaskan beliau tidak menentang sesiapa sahaja yang ingin melobi untuk kerusi Julau. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Salang Tidak Halang Nyempah Untuk Melobi "