• Saham AS Ditutup Kukuh

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 27 February 2018
    A- A+


    NEW YORK: Saham Amerika Syarikat (AS) meningkat melebihi paras tinggi tiga minggu pada Isnin, mencatat pemulihan daripada kerugian berikutan jualan besar-besaran pada awal bulan ini.

    Semua tiga indeks utama menokok lebih satu peratus. S&P 500 kini hanya 3.2 peratus di bawah paras tertingginya yang dicapai pada 26 Januari.

    Indeks Votaliti CBOE menyusut sedikit kepada 15.8, bagaimanapun ia kekal lebih tinggi dari paras tertinggi S&P sebelum ini.

    Hasil Perbendaharaan AS bagi tempoh 10 tahun susut kepada 2.8642 peratus, menurun daripada paras tinggi empat tahun yang dicapai minggu lalu.

    Pada Jumaat, Rizab Persekutuan (Fed) AS berkata pertumbuhan ekonomi diunjurkan kukuh dan menjangkakan tiada risiko serius berikutan rancangannya untuk meningkatkan kadar faedah.

    "Ia melegakan apabila hasil tidak terus meningkat secara mendadak.

    "Secara keseluruhan, jumlah pendapatan terus meningkat. Pelabur masih yakin terhadap ekonomi global," kata Ketua Strategi Pasaran SunTrust Advisory Services di Atlanta, Keith Lerner.

    Indeks utama sebelum ini menyusut pada paras tertinggi akhir Januari berikutan kebimbangan terhadap peningkatan inflasi yang boleh menyebabkan Fed untuk meningkatkan kadar faedah lebih tiga kali tahun ini.

    Pelabur akan meneliti testimoni Pengerusi baharu Rizab Persekutuan (Fed), Jerome Powell, yang akan berdepan dengan beberapa pertanyaan daripada kedua-duap pihak kongres AS, selepas mengambil alih jawatan itu daripada pengerusi terdahulu, Janet Yellen.

    Dow Jones Industrial Average meningkat 399.28 mata, atay 1.58 peratys kepada 25,709.27.

    S&P 500 bertambah 32.3 mata, atau 1.18 peratus, kepada 2,779.6 dan Nasdaq Composite meningkat 84.07 mata, atau 1.15 peratus, kepada 7,421.46.

    -REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Saham AS Ditutup Kukuh "