• Sadong Jaya Memerlukan RM120 Juta Naik Taraf Paip Bekalan Air - Aidel

    Reporter: Admin
    Published: Tuesday, 20 February 2018
    A- A+
    KUCHING: Sistem bekalan air di Asajaya dan Sadong Jaya memerlukan penambahan kos sebanyak RM120 juta bagi menaiktaraf paip kepada saiz yang lebih besar dari saiz yang sedia ada.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo berkata, ia juga termasuk penggantian paip-paip baru ke kampung-kampung serta cadangan tambahan booster station.

    "Saya telah kemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan di kajian separuh penggal RMK11.

    "Bulan lepas saya mengadakan mesyuarat dengan pihak pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dan pihak Kuching Water Board (KWB) mengenai penghantaran air melalui Empangan Bengoh ke kawasan Asajaya dan Sadong Jaya," katanya menerusi status Facebook yang dimuatnaik.

    Katanya, Empangan bengoh sudah siap dan begitu juga loji rawatan air baru di Batu kitang baru sahaja siap serta paip besar bersaiz 1000mm, 900mm dan 800mm ke Batu 9 dan seterusnya ke tanki aras tinggi Entingan juga baru saja siap.

    "Pada masa ini proses mengklorin air sedang giat dilaksana dan berkemungkinan bekalan air dapat di bekalkan ke Asajaya dan Sadong Jaya selepas proses tersebut selesai.

    "Saya berharap permohonan sebanyak RM120 juta mendapat kelulusan dari kerajaan kerana dengan menaiktaraf perkara tersebut akan melancarkan sistem bekalan air bersih ke kawasan dengan lebih lancar lagi," tambahnya. - Sarawakiana

  • No Comment to " Sadong Jaya Memerlukan RM120 Juta Naik Taraf Paip Bekalan Air - Aidel "