• SABERKAS Tanjung Datu Terus Aktif Daftar Ahli Baharu

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 21 February 2018
    A- A+

    KUCHING: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Tanjung Datu menggesa golongan belia untuk menyertai badan bukan kerajaan (NGO) tersebut sekaligus meningkatkan semangat sukarelawan di kalangan mereka.

    Pengerusinya, Ramdan Mahri berkata, SABERKAS Cawangan Tanjung Datu setakat ini mempunyai lebih 1,000 ahli.

    Malah menurutnya, sepanjang dua hari Karnival SABERKAS Tanjung Datu, kempen mendaftarkan ahli baharu turut diadakan dalam usaha meningkatkan keahlian kepada 2,000 orang.

    "Masih ramai yang belum mendaftar sebagai ahli SABERKAS," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

    Karnival SABERKAS Tanjung Datu 2018 akan berlangsung dari 24 hingga 24 Februari ini di Stadium Tertutup Daerah Lundu.

    Ramdan bakal menyempurnakan majlis perasmian manakala majlis penutupan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu Datuk Jamilah Anu.

    Antara aktiviti yang diadakan termasuk pertandingan PS4 Fifa E-Games Tournament, pertandingan autoshow kereta dan motosikal, malam persembahan kebudayaan dan buskers, gerai jualan usahawan belia Lundu dan Sematan, konvoi belia bermotosikal dari Sematan ke Lundu dan kaunter pendaftaran keahlian SABERKAS.

    Dianggarkan 500 hingga 600 belia dijangka terlibat dengan karnival tersebut.-Sarawakiana
  • No Comment to " SABERKAS Tanjung Datu Terus Aktif Daftar Ahli Baharu "