• Rumah Suu Kyi Dilempar Bom Petrol

    Published: Friday, 2 February 2018
    A- A+

    YANGON: Rumah pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi semalam dibaling bom petrol ketika dia tiada di kediaman itu, kata jurucakap kerajaan.

    Ketika mengesahkan perkara itu kepada AFP, Zaw Htay berkata: “Ia bom petrol.”

    Dia tidak memberikan butiran lanjut mengenai kemungkinan motif di sebalik serangan kecil terhadap pemimpin dianggap wira demokrasi Myanmar itu.

    Bom berkenaan menyebabkan kerosakan kecil, tetapi serangan di vila tempat Suu Kyi menjalani perintah kurungan selama bertahun-tahun sesuatu yang amat simbolik.

    Suu Kyi semakin membangkitkan kemarahan jawatankuasa antarabangsa terhadap apa dianggap kegagalannya bersuara mempertahankan masyarakat Muslim Rohingya di negara itu.

    Hampir 700,000 Rohingya melarikan diri daripada keganasan tentera di Rakhine, utara Myanmar, ke kem pelarian di Bangladesh sejak Ogos lalu dengan menceritakan pembunuhan, rogol dan pembakaran terhadap mereka.

    Namun di Myanmar, Suu Kyi yang menang besar dalam pilihan raya pada 2015, masih dianggap wira oleh rakyat yang majoriti beragama Buddha, yang menggelarnya ‘The Lady.’

    Ramai di Myanmar juga masih menganggap Rohingya sebagai pendatang tanpa izin ‘Bengali.’

    Suu Kyi berada di Naypyidaw ketika kejadian semalam untuk membuat ucapan di Parlimen sempena ulang tahun kedua pemerintahan kerajaan NLD di bawah pimpinannya.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Rumah Suu Kyi Dilempar Bom Petrol "