• Rumah ‘kurus’ empat bilik dijual pada harga £1 juta

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 6 February 2018
    A- A+

    LONDON – Sebuah rumah yang mempunyai kelebaran lebih kecil daripada gerabak kereta api kini dijual pada harga £1 juta (RM5.5 juta).

    Kediaman kurus yang dikenali sebagai The Slim House di Battersea, barat daya London itu mempunyai empat bilik tidur, dua bilik tetamu, dapur serta laman belakang sepanjang 14 meter.

    Rumah dua tingkat yang cuma selebar 2.3 meter itu memiliki keluasan binaan 98 meter persegi menyebabkan sedikit mencabar untuk membawa masuk perabot bersaiz besar.

    Pemilik sedia ada rumah itu, Aimee Luther membayar £837,500 (RM4.6 juta) untuk membeli rumah berkenaan pada tahun 2014.

    Ejen hartanah Savills, Jasper Colliver yang mengendalikan proses jualan rumah itu berkata, harga £1 juta adalah suatu tawaran istimewa kerana kediaman tersebut unik dan sukar ditemui di kota London. – Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Rumah ‘kurus’ empat bilik dijual pada harga £1 juta "