• Roket Paling Berkuasa Di Dunia Dilancarkan

    Published: Wednesday, 7 February 2018
    A- A+

    CAPE CANAVERAL: Roket paling berkuasa di dunia, SpaceX’s Falcon Heavy dilancarkan semalam melalui penerbangan ujian sulungnya dengan membawa bersama roket Tesla Roadster, milik bilionair Elon Musk.

    Roket jumbo setinggi 23 tingkat itu dilancarkan di Pusat Angkasa Kennedy di sini dengan diiringi sorakan para petugas SpaceX di ibu pejabat syarikat di Hawthorne, California yang menonton secara langsung pelancaran itu.

    Menurut Musk, salah satu situasi kritikal penerbangan itu adalah semasa dua pelancar berpisah daripada roket berkenaan iaitu dalam tempoh tiga minit pelancaran namun semuanya berjalan lancar. - AFP/Reuters


    Subjects:

  • No Comment to " Roket Paling Berkuasa Di Dunia Dilancarkan "