• Rogol Remaja 14 Tahun

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 8 February 2018
    A- A+


    KOTA BHARU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur, empat tahun lalu.

    Tertuduh, Mohd Fadhil Manaf, 29, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin selepas pertuduhan dibacakan.

    Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun lapan bulan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Hutan Pasir, Ketereh, di sini, di antara jam 1 pagi hingga 3 pagi, pada 21 Mei 2014.

    Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias, manakala peguam Datuk Shukri Mohamed, mewakili tertuduh.

    Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk laporan kimia.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Rogol Remaja 14 Tahun "