• Robot Ambil Alih Tugas Pembaca Berita Di Jepun

    Published: Friday, 2 February 2018
    A- A+

    TOKYO – Sebuah robot manusia bernama Erica yang memiliki sistem percakapan termaju dijangka mengambil alih tugas pembaca berita di Jepun pada bulan April ini.

    Penciptanya, Dr. Hiroshi Ishiguro yang tidak memberikan perincian lanjut mengenai tugas baharu Erica menyatakan ia akan menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) untuk membaca bahan berita yang disusun manusia.

    “Kami akan menggantikan tempat salah seorang pembaca berita dengan Erica,” kata Ishiguro yang juga merupakan Pengarah Makmal Kepintaran Robotik di Universiti Osaka.

    Erica tidak berupaya untuk menggerakkan anggota tangannya. Bagaimanapun, robot itu boleh mengesan kehadiran manusia di dalam bilik dan mengecam muka individu menerusi 14 sensor inframerah yang dipasang pada mukanya. – Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Robot Ambil Alih Tugas Pembaca Berita Di Jepun "