• RM624.5 Juta Untuk Lindungi Pesisir Pantai

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 13 February 2018
    A- A+

    Untuk melindungi rakyat yang tinggal di sepanjang pantai dan persekitaran pesisir pantai, kerajaan memperuntukkan RM624.5 juta di bawah Randangan Malaysia Ke-11 (RMK11) bagi menguruskan pesisir pantai, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

    Beliau berkata, penjagaan pantai, pembinaan tembok menahan ombak, benteng dan tembok melindungi pesisir daripada hakisan adalah tumpuan projek bagi peruntukan tersebut.

    "Projek ini bertujuan untuk memanfaatkan kawasan pesisir pantai sepanjang 45.38 km, 250,000 orang yang tinggal di sepanjang pantai dan juga melindungi kerosakan harta benda awam sehingga RM75 juta," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

    Tambahnya, Malaysia akan terus mencari kaedah inovatif untuk melindungi kawasan pesisir pantainya.

    Sementara itu, sebelum ini Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, kerajaan pusat memperuntukkan RM5 juta untuk membina benteng kawalan hakisan di Sebuyau.

    Ia berikutan hakisan yang semakin teruk yang menjejaskan beberapa kampung di kawasan tersebut.

    Menurutnya, peruntukan tersebut adalah untuk menampung pembinaan tebing sepanjang 3.5 km.

    ”Berdasarkan perancangan, kos keseluruhan untuk membangunkan benteng kawalan hakisan di sepanjang 25 kilometer tebing itu menelan RM250 juta,” ujarnya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " RM624.5 Juta Untuk Lindungi Pesisir Pantai "