• RM1.102 Bilion Untuk Kemajuan Luar Bandar Sarawak

    Published: Friday, 9 February 2018
    A- A+
    KUCHING: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan berjumlah RM1.102 bilion daripada Bajet Pembangunan yang diluluskan oleh Kerajaan Pusat adalah untuk kemajuan kawasan luar bandar Sarawak.

    Menurut beliau, jumlah tersebut menyamai 28.48 peratus daripada jumlah RM3.87 bilion peruntukan yang diluluskan untuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dalam Bajet 2018.

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau memberitahu 41 daripada 81 projek yang diluluskan bagi Rolling Plan Ke-2 (RP2) Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) telah siap dibina manakala bakinya (40 projek) masih dalam proses pelaksanaan.

    "Kerajaan persekutuan memberi peruntukan besar kepada Sarawak kerana menyedari masih banyak prasarana khususnya di luar bandar negeri ini yang perlu dibangunkan.

    "Kita menyasar semua kawasan luar bandar Sarawak dibekalkan dengan bekalan air terawat, elektrik dan jalan 100 peratus menjelang 2030," katanya.

    Katanya, setakat ini liputan elektrik luar bandar di Sarawak kini telah mencapai 90 peratus manakala 61 peratus bagi bekalan air terawat.

    "Kerajaan Negeri Sarawak menerusi Jawatankuasa Kerja Bersama Perancangan dan Pemantauan Projek KKLW akan memantau dengan dekat setiap program atau projek kementerian bagi memastikan ia siap sekurang-kurangnya mengikut jadual," ujarnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " RM1.102 Bilion Untuk Kemajuan Luar Bandar Sarawak "